KERTAS KERJA
LAPORAN PELAKSANAAN BAHAN
BANTUAN MENGAJAR
TARIKH
11 MEI 2016
TEMPAT
BITARASISWA KAMPUS SULTAN ABDUL JALIL SYAH, UNIVERSITI PENDIDIKAN
SULTAN IDRIS
ANJURAN
Pelajar Kursus Keterampilan Membaca (BMK 3033) Semester 2 Sesi
2015/2016
DENGAN KERJASAMA
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan untuk mempamerkan
bahan bantu mengajar bagi kursus BMK 3033 Keterampilan Membaca.
2.0 PENGENALAN
Program ini dirangka dan akan dilaksanakan oleh mahasiswa/i kelas
BMK 3033 Keterampilan Membaca di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah untuk memberi penambahan ilmu
pengetahuan kepada pelajar itu sendiri. Di samping itu, program ini dibentuk
bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pembelajaran di luar kelas
bagi mempraktikkan segala apa yang dipelajari di dalam kelas sewaktu kuliah.
3.0 OBJEKTIF
Program ini diadakan untuk:
3.1 Mempamerkan bahan bantuan mengajar.
3.2 Mewujudkan perpaduan dan mengeratkan lagi ukhuwah antara mahasiswa/i
dengan pihak pensyarah.
3.3 Membentuk pelajar yang berketerampilan dan berkeperibadian
tinggi dan mulia.
3.4 Mengajar dan melatih mahasiswa/i agar menghayati dan mengamalkan
nilai-nilai murni dalam semua aspek kehidupan individu dan masyarakat.
3.5 Mempraktikkan segala apa yang diajar sewaktu kuliah ke dunia
sebenar.
4.0 HASIL PEMBELAJARAN
- Mahasiswa/i dapat mempelajari teknik interaksi yang berkesan
antara pelajar dengan guru.
- Mengurangkan kejutan budaya mahasiswa/i sebelum melangkah ke
alam perguruan sebenar kelak.
- Mempraktikkan apa yang diajar di dalam kelas ke dunia perguruan
yang sebenar.
5.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN
PROGRAM
Program : Program
Pameran Bahan Bantuan Mengajar
Tarikh : 11 Mei
2016
Hari : Rabu
Tempat : Bitarasiswa Kampus Sultan Abdul
Jalil Syah, Universiti Pendidikan Sultan
Idris
9.0 TENTATIF PROGRAM
|
MASA
|
AKTIVI
|
|
7.30 pagi
|
Pelajar berkumpul di tapak pameran masing-masing iaitu di
Bitarasisaswa
|
|
8.00 pagi
|
Persiapan tempat pameran oleh semua para peserta
|
|
8.30 pagi
|
Majlis perasmian.
|
|
9.30 pagi
|
Program bermula dengan Kumpulan A, iaitu pensyarah mula menilai
hasil persembahan bahan bantu mengajar pelajar
|
|
11.00 pagi
|
Rehat
|
|
11.30 pagi
|
Pensyarah meneruskan menilai sehingga ke kumpulan terahir
|
|
1.00 petang
|
Majlis penutup dan pengumuman 3 kumpulan terbaik ABM
|
10.0 SENARAI JAWATANKUASA
PELAKSANAAN PROGRAM
Penaung
Prof Madya Dr Raja Nor Safinas binti Raja Harun
Penasihat
Dr. Dahlia binti Janan
Pengarah program
Syahirah Binti Mohd Radzi
Setiausaha
Noraishah Binti Awang
Bendahari
Nik Rasyidah Basirah Binti Nik Mustapha
Ahli Jawatankuasa
AJK Makanan
Nur Farahani Binti Mohamed
AJK Persiapan Tempat
Siti Fatimah Binti Mat Jusoh
Sahirah Binti Salleh
11.0 ANGGARAN KEWANGAN
|
BIL
|
PERKARA
|
KUANTITI/UNIT
|
JUMLAH (RM)
|
||
|
1.
|
Peralatan
-
Multi Board
-
Gam
-
Gunting
-
Kertas
-
Dakwat
|
2
1
6
1 Rim
2
|
|
||
*Peserta
= 6 Orang ( 1 kumpulan kecil )
|
|||||
12.0 PENUTUP
Ucapan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dalam menjayakan
program ini. Diharap program ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan yang
berguna dalam kalangan mahasiswa/i mengenai profesion perguruan yang sebenar.
Semoga program ini akan mencapai objektif yang dihajatkan dan memberi
pengalaman serta ilmu baru kepada mahasiswa/i yang terlibat. Oleh hal yang
demikian, kami juga sangat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan
permohonan kami dan seterusnya meluluskan kertas kerja ini. Segala kerjasama
daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.
No comments:
Post a Comment