LAPORAN

DEFINISI TEKNIK KWL

Pada tahun 1986, Ogle membina carta KWL untuk tujuan membantu merangsang pemikiran atau minda pembaca secara aktif semasa proses membaca. Model ini dikembangkan untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan daya pengetahuan murid-murid mengenai sesuatu topik. Teknik ini terbina daripada akronim perkataan bahasa Inggeris KWL, yang membawa maksud:
K – Know : Apa yang saya tahu?;
W – What : Apa yang ingin saya tahu?; dan
L – Learn : Apa yang saya pelajari?
Pelaksanaan teknik KWL dalam bilik darjah ataupun penggunaannya secara individu untuk tujuan pembacaan secara kritikal tertumpu kepada penggunaan jadual KWL. Jadual KWL adalah seperti yang berikut:
JADUAL KWL

K (KNOW)
Apakah yang saya ketahui?
W(WHAT)
Apakah yang ingin saya ketahui?
L(LEARN)
Apakah yang telah saya pelajari?
Dalam langkah K seseorang pembaca bertanya kepada dirinya apa yang sudah diketahui tentang topik yang sedang dikaji.
Dalam langkah W pembaca akan berfikir secara analitikal iaitu dengan bertanyakan soalan kepada diri sendiri tentang topik yang sedang dikaji.
Ketika bertanyakan soalan-soalan tersebut pembaca boleh mengamalkan teknik penyoalan 5W 1H:
W – What (Apa)
W – When (Bila)
W – Where (Di mana)
W – Why (Mengapa)
W – Who (Siapa)
H – How
Dalam langkah L ini memberikan peluang kepada pembaca membuat refelksi berkaitan dengan apa yang sudah diketahui tentang topik yang dikaji.
Berdasarkan maklumat baharu yang diperolehi dan berdasarkan pengetahuan sedia ada berkaitan sesuatu topik bolehlah pembaca membuat kesimpulan baharu mengenai topik dikaji itu.

JENIS-JENIS BAHAN BANTUAN MENGAJAR
Bahan yang digunakan adalah bahan berdasarkan teks cerpen. Penggunaan teks cerpen ini adalah bertujuan untuk memudahkan para pelajar untuk mengingati jalan cerita yang dipaparkan dalam cerpen tersebut. Cerpen yang digunakan dapat dilihat seperti dibawah:

Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)
            Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja mengisahkan perjuangan cucu Kaduk iaitu Hakim yang berusaha mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh Raja.  Hakim yang merupakan lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya iaitu Azam seorang lulusan bidang undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan tanah seluas empat ekar itu. Melalui penghujahan Azam, beliau telah berjaya menyakinkan mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan ayam Kunani kepada raja tanpa kerelaannya hatinya.  Hal ini  menyebabkan kemenangan berpihak kepada Hakim. Setelah itu, Hakim merancang untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan syarikat besar yang menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau singkatannya RAJA. Hakim menternak ayam bagi menyahut seruan kerajaan yang banyak memberi insentif kepada penternak.  Kesungguhannya terbukti apabila Hakim telah membuat pinjaman bank melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim terpaksa meminda kertas kerjanya beberapa kali dan  hasil bantuan seorang Yang Berhormat telah menyebabkan bank meluluskan pinjaman tersebut untuk membina sebuah reban ayam tertutup yang dilengkapi sistem penyaman udara serta peralatan memberi makanan secara semi automatik. Setelah kelulusan bank diperoleh, satu perjanjian kontrak di meterai antara Hakim dan syarikat RAJA, maka projek penternakan ayam pun bermula
            Konflik mula timbul setelah setahun Hakim menjadi penternak ayam.  Sahabat karibnya Azam telah pulang dari luar negara kerana berkursus dan terus berjumpa dengan Hakim. Hakim telah menceritakan masalah yang dialaminya sepanjang dia menjadi penternak ayam iaitu terdapat rungutan orang kampung terhadap lorinya yang telah menyebabkan keadaan jalan kampung bertambah teruk. Selain itu, hakim menjelaskan kepada Azam bahawa hidupnya dibelenggu hutang dengan menunjukkan penyata hasil  jualan ayam dari rebannya yang bernilai lapan puluh lima ribu ringgit. Namun begitu hanya tiga belas ribu ringgit sahaja yang diterimanya kerana selebihnya digunakan untuk membayar hutang kepada syarikat RAJA.  Jumlah wang yang diterima itu pula terpaksa digunakan untuk membayar pelbagai kos seperti bil elektrik, bil air, hutang bank dan sebagainya. Hakim menzahirkan penyesalannya tentang memilih ternakan kontrak yang dianggapnya situasi menang menang tetapi keadaan yang sebaliknya pula berlaku. Hakim mula menyedari bahawa dirinya  telah dieksploitasi oleh Syarikat RAJA melalui harga dedak dan ubat untuk ayam ternakannya sehingga hutangnya meningkat. Hakim menganggap dirinya menerima nasib yang sama seperti nasib datuk yang tertipu oleh orang yang memiliki kuasa.

KELEBIHAN TEKNIK KWL

Membantu pembaca mencipta pembacaan yang lebih efektif untuk diri sendiri.
            Teknik KWL merupakan salah satu teknik yang digunakan untuk membuat bahan bantuan menganjar (BBM) atau alat bantuan menganjar (ABM). Teknik ini sangat sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas kerana ianya membantu pembaca mencipta pembacaan yang lebih efektif untuk diri sendiri. Dalam tekknik KWL ini pelajar-pelajar dapat memahami bahan bacaan deskriptif secara kritikal. Oleh hal yang demikian, untuk melancarkan teknik ini, para pendidik atau guru-guru perlu membuat persediaan lebih awal terhadap apa yang hendak diajar kepada pelajar. Misalnya menyediakan satu teks yang tidak terlalu panjang untuk dibaca dan dianalisi oleh pelajar. Dengan itu, guru-guru dapat menilai sejauhmana tahap kefahaman pelajar-pelajar terhadap teks tersebut.

 Menjelajahi topik yang dikaji daripada pelbagai perspektif.

            Melalui teknik KWL ini, pelajar-pelajar dapat menjelajahi topik yang dikaji daripada pelbagai perspektif. Dalam pembacaan teks secara kritikal ini. Pelajar-pelajar akan menilai dari semua sudut atau aspek yang ingin mereka ketahui. Misalnya dalam subjek sastera ini yang berkaitan dengan teks sastera dalam cerpen, pelajar-pelajar harus membaca dengan teliti bagi mencari maklumat-maklumat penting yang berkaitan dengan tema, persoalan, nilai, kronologi cerita dan pengakhiran cerita. Dengan itu mereka akan mendapat gambaran cerita secara efektif dan berkesan.

 Membantu pembaca memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai sesuatu topik yang dikaji.
            Teknik KWL dapat membantu pembaca memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai sesuatu topik yang dikaji. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mereka hanya tertumpu kepada bahan bantuan menganjar sahaja. Bahan bantuan menganjar ini dapat menarik minat para pelajar untuk memberi tumpuan dengan lebih baik di dalam kelas. Oleh hal yang demikian, mereka dapat memahami jalan cerita yang dikemukan dalam cerpen dengan baik.

 Membantu pembaca membuat kesimpulan baharu mengenai topik yang dikaji berdasarkan maklumat baharu yang diperoleh dan dengan pengetahuan sedia ada berkaitan topik yang dikaji.
            Teknik KWL ini merupakan teknik yang sangat sesuai dalam matapelajaran sastera. Hal ini kerana, ianya dapat membantu pembaca membuat kesimpulan baharu mengenai topik yang dikaji berdasarkan maklumat baharu yang diperolah dan dengan pengetahuan sedia ada berkaitan topik yang dikaji. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, apabila sesorang pelajar membaca teks yang diberikan oleh guru-guru. Persoalan terhadap teks tersebut pasti wujud kerana para pelajar ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan cerita dalam teks yang diberikan oleh guru-guru. Kadangkala,  cerpen yang ditulis mengandungi perkara-perkara yang sukar untuk difahami kerana menggunakan cara pengolahan cerita yang terlalu sukar untuk difahami. Oleh hal yang demikian, dengan wujudnya soalan-soalan yang tidak difahami ini, pelajar akan bertanyakan soalan kepada guru. Dari itu, para pelajar akan membuat refleksi terhadap apa yang telah dipelajari.



MENGAPA BAHAN BANTUAN MENGAJAR DIPERLUKAN
Ø  MEMBANTU GURU DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Ianya memainkan peranan sebagai membantu tugas guru di dalam menerangkan isi pengajaran. Pelajar akan mudah memahami sesi pembelajaran dalam kelas dan guru berjaya menarik perhatian pelajar untuk mendengar apa yang akan diajar. Sesi pembelajaran yang akan berlaku juga akan membantu guru untuk mengajar dengan mudah serta isi pengajaran akan diterima oleh pelajar dengan baik. Teknik pengajaran ini sangat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Ø  MENGAWAL DISIPLIN PELAJAR SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEDANG BERLAKU.

Melalui teknik yang digunakan ini, pelajar akan memberi perhatian kepada pengajaran yang sedang berlaku. Hal ini sekali gus akan melahirkan satu interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar. Pelajar dan guru akan saling bersoal jawab dan interaksi semasa sesi pembelajaran akan diterima baik oleh pelajar. Pelajar akan mengikuti cara yang akan diajar tanpa rungutan rasa bosan dari pelajar.

Ø  MENGURANGKAN KEBOSANAN PELAJAR SEMASA BERLAKUNYA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

            Kaedah yang digunakan akan membantu pelajar berminat untuk belajar. Mereka akan tertarik dengan bahan yang dibawa oleh guru dalam kelas dan pelajar akan bersungguh-sungguh untuk belajar.  Teknik ini juga akan dapat mempertingkatkan keghairahan untuk belajar. Kelainan yang dibawa oleh guru dalam kelas akan menarik pelajar untuk bersemangat memulakan sesi pengajaran yang akan berlaku. Kadang kala kelainan yang dibawa oleh guru membawa kebaikan dan menarik perhatian pelajar untuk belajar.

Ø  PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) DAPAT MENGAWAL SERTA MENGATASI MASALAH KEKURANGAN TENAGA PENGAJAR KEKURANGAN MASA.

Hal ini akan mengatasi masalah yang sedang meruncing di setiap sekolah. Melalui kaedah yang dilakukan akan menyebabkan guru sempat untuk masuk mengajar dalam kelas. Masalah kekangan masa dan guru tiada dalam kelas tidak lagi akan berlaku. Masalah pelajar poteng kerana tidak berminat untuk belajar juga akan berkurangan. Oleh sebab itu para guru haruslah sentiasa kreatif untuk menarik perhatian pelajar untuk semangat dan menerima sesi pembelajaran dengan baiknya. Selain itu juga guru dapat menjimatkan masa dan pelajar akan belajar lebih banyak dalam masa yang singkat.

Ø  MEMAHAMI SECARA LEBIH MENDALAM DAN REALISTIK TENTANG TAJUK YANG DIAJAR.

Pelajar juga akan dapat mengekalkan ingatan yang lebih lama terhadap isi-isi pengajaran. Teknik yng digunakan ini juga akan dapat berasakan keseronokan belajar dan mengelakkan rasa jemu terhadap pengajaran guru. Tajuk yang akan diajar oleh guru akan mudah diingati dengan adanya formula teknik yang diajar oleh guru itu. Warna warna kekreatifan cara dan teknik ABM diterjemahkan dalam kelas akan mudah diingati oleh pelajar kelak. Pemahaman terhadap tajuk yang akan diajar oleh guru diteri baik oleh pelajar kelak.  

SENARAI AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG PAMERAN















No comments:

Post a Comment